Tuesday 30 June 2009

Air Freshener






Yang ni botol freshener, jangkahayatnya masih dlm
KIV. Dah lama cik abg zai perukkan dia atas aquarium,
zai pindahkan k dlm bilik tepi tong sampah tunggu masa aje,
zalim kan!. sampai hati....





Idea ni dtg bla nampak kat Affeen tayang Lady Rose nya,
mintak halalnya Affeen ciplak kena mintak lesen dlu patutnya ni....








Nah! Oh dunia lihat lah diriku, prasan sekejap Azean Irdawati 30thn yg lalu.

























































































































Tin Kuih Bulan

















Tin kuih bulan ni pemberian opismate, bla dia tau zai dah mula angau ngan decoupage
ni. Habis segala mak nenek nak d baginya. Apa2 pun mana yg d pantau tu zai sambar aje
janji FOC.



Inilah hasilnya, risau plakkk d hati klu2
tuannya mintak balik.....harap2 tak buruk
sikulah dia.

Wednesday 24 June 2009

Decoupage kat Tin Biskut
















Ini lagi satu tin biskut boss yg zai kebas....klu balik dr Thailand Plant, mesti stok makanannya penuh bertin-tin maklumlah free. Jadinya zai lah tukang kutip sampah2 dlm biliknya tu. Semenjak penyakit decoupage melanda tak lah susah2 panggil Myanmar kemas bilik dia, sebab zai tolong jadi bandaraya.....ini percubaan buat belang2 & guna dolly. Pun tak final touch lagi pasal nak boh wording & gold outline bagi vogue skit cam "Mak Datin". Thanks
Razna for the tips guna masking tape tu.





Sunday 21 June 2009

Decoupage kat tin






Tin comeiii ni boss yg punya, blum gula2 nya habis zai siap pesan kat dia jgn buang. Boss tanya nak wat apa??? my answer hehehe deco...trus dia paksa sorang kena makan 2bj 1 hari nak bg habis. Inilah penangan decoupage.....boss tak tau mende rupanya decoupage tu. Hopefully tak terkejut badak lah dia tengok nasib tin gula2 nya ni. Baru 80% siap tak touch-up lagi, nak bg "goldline" kat tepi2 tu....kot2 lah boleh cun.








Friday 19 June 2009

Tingkap




Ini cermin tingkap bilik air depan masterbedroom, bilik zai lerr tu. Cermin tingkap ni menghadap car porch & pintu masuk rumah. Zai dah beri sentuhan baru tu....kalau tak tu nampak suram aje. Nampak kat blog Razna, dia boh d p*ngg*ng kuali cantik plakkk. Klu boleh zai suka permandangan sungai, laut & gunung tp jumpa yg ni punnn ok jgakkk. Sejukkk mata memandang.



Tuesday 16 June 2009

Mini Labu Sayong

Labu sayong mini ni, dapat masa g kenduri kawin kawan, simpankan d sudut kabinet dapur....
Bla nampak kat rumah
MakLang Azie teringin
plak nak make over dia....emmm best MkLang ni pencetus idea.....TerimaKasih
kepada
Razna yg sudi tayangkan kat blog Razna....TQ for the comments .....Halal ya
klu curi ideanya.

Cerek plakkk









Cerek ni, bli masa zaman zai masa baru2 masuk alam berumahtangga.
Corong yg boleh bunyi wisel tu dah terbakar dek api,,,,takut plakkk nak pakai
lagi kot2 lah ada toksik. Bla ada anak2 mana cukup masak air dlm cerek kecik ni
so abi blikan themospot senanglah kerja skit, bla nak bancuh susu & air main press
aje....tak sangka kemas2 kabinet nampak plak mangsa yg ni....zai dressingkan dia
baju munge2 apatah lagi dgn tangkai "polkadots" tu.....


















Mangsa kedua


Mangsa decoupage zai kali ni, kuali yg dah lama tergantung kat belakang rumah.
Actually bli kuali ni nak wat khas utk goreng ikan sebab dalamnya agak melengkung,
maklumlah zai ni ibu bekerja, xtvt goreng2 tu guna yg kecik aje....suatu hari terpikir
nak belek2 dia, alih2 dlmnya cam ada karat so apalagi....projek bermula.....uwaaaaa
nasibku jadi kuali. Zai you're so cruel......no I'm remodeling you.

Monday 15 June 2009

Hasil pertama






Inilah hasil pertama decoupage zai....akhirnya terlaksana juga hajat nak belajar
membuatnya. Zai belajar dengan En Zahri Creative Cottage d Armcorp Mall.
Well, bila dah tau tekniknya, siaplah mangsa seterusnya.....

Decoupage, barang lusuh jadi baru

MENURUT sebuah laman web antarabangsa, perkataan decoupage sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud ‘untuk memotong’.
Akhir kurun ke-17, kraf decoupage yang berasal dari negara Itali itu mula mendapat tempat di kalangan wanita Eropah.
Mereka mempelbagaikan seni tersebut pada barangan hiasan rumah, barangan dapur dan perabot bagi memberi ‘wajah baru’ pada barang-barang yang telah lusuh dan rosak.
Berdasarkan sejarah, pada awal kurun ke-18 seni ini semakin diterima dan menjadi hobi kegemaran wanita-wanita muda Inggeris terutama di Perancis dan England.
Namun untuk beberapa ketika seni ini mula hilang pengikutnya hinggalah ia kembali menjadi hobi terkenal pada kurun ke-20.
Hasil decoupage yang terkenal, pernah dihasilkan oleh Hiram Manning dan ibunya, Maybelle dari Amerika Syarikat pada tahun 1940.
Sejak itu, ia memberi inspirasi kepada penggemar decoupage dan menjadi semakin popular terutama di United Kingdom.
Tidak pasti bagaimana ia boleh menjadi popular di Malaysia, namun dengan kemajuan teknologi serta jaringan Internet tanpa sempadan, segala hasil seni kini boleh dicuba oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia.
selain mengisi masa lapang, decoupage memberi kepuasan serta menghilangkan tekanan.
“Setelah penat bekerja lima hari seminggu, hari minggu adalah masa yang sesuai untuk menghasilkan seni kraf ini.
“Tidak dinafikan ia mampu memberi ketenangan pada minda dan kegembiraan apabila hasil decoupage kita menjadi satu hasil seni yang cantik,” Caranya mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja asalkan ada peralatan dan bahan yang bersesuaian.
Apa yang diperlukan ialah kertas tisu bermotif atau pembalut hadiah, gunting, gam, cat dan berus. Lebih menguntungkan, penggemar seni kraf tersebut boleh mendapat wajah baru daripada bahan yang telah rosak dengan sentuhan seni decoupage.
“Tin biskut, kuali leper bertangkai, senduk, tin sardin dan sebagainya yang sudah tidak digunakan jangan dibuang begitu sahaja, ianya boleh kelihatan menarik seperti baru jika kita mencuba decoupage ini.