Monday 15 June 2009

Decoupage, barang lusuh jadi baru

MENURUT sebuah laman web antarabangsa, perkataan decoupage sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud ‘untuk memotong’.
Akhir kurun ke-17, kraf decoupage yang berasal dari negara Itali itu mula mendapat tempat di kalangan wanita Eropah.
Mereka mempelbagaikan seni tersebut pada barangan hiasan rumah, barangan dapur dan perabot bagi memberi ‘wajah baru’ pada barang-barang yang telah lusuh dan rosak.
Berdasarkan sejarah, pada awal kurun ke-18 seni ini semakin diterima dan menjadi hobi kegemaran wanita-wanita muda Inggeris terutama di Perancis dan England.
Namun untuk beberapa ketika seni ini mula hilang pengikutnya hinggalah ia kembali menjadi hobi terkenal pada kurun ke-20.
Hasil decoupage yang terkenal, pernah dihasilkan oleh Hiram Manning dan ibunya, Maybelle dari Amerika Syarikat pada tahun 1940.
Sejak itu, ia memberi inspirasi kepada penggemar decoupage dan menjadi semakin popular terutama di United Kingdom.
Tidak pasti bagaimana ia boleh menjadi popular di Malaysia, namun dengan kemajuan teknologi serta jaringan Internet tanpa sempadan, segala hasil seni kini boleh dicuba oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia.
selain mengisi masa lapang, decoupage memberi kepuasan serta menghilangkan tekanan.
“Setelah penat bekerja lima hari seminggu, hari minggu adalah masa yang sesuai untuk menghasilkan seni kraf ini.
“Tidak dinafikan ia mampu memberi ketenangan pada minda dan kegembiraan apabila hasil decoupage kita menjadi satu hasil seni yang cantik,” Caranya mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja asalkan ada peralatan dan bahan yang bersesuaian.
Apa yang diperlukan ialah kertas tisu bermotif atau pembalut hadiah, gunting, gam, cat dan berus. Lebih menguntungkan, penggemar seni kraf tersebut boleh mendapat wajah baru daripada bahan yang telah rosak dengan sentuhan seni decoupage.
“Tin biskut, kuali leper bertangkai, senduk, tin sardin dan sebagainya yang sudah tidak digunakan jangan dibuang begitu sahaja, ianya boleh kelihatan menarik seperti baru jika kita mencuba decoupage ini.

No comments:

Post a Comment